بَارَكَ اللهُ لَكُم ، وَبَارَكَ عَلَيْكُم ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Tahniah kepada Eksekutif Dakwah MRM, Bro Adam Tan yang baru selesai diijabkabulkan dengan pasangannya, Nurul Farahani binti Din.
Bro Adam Tan disantuni oleh Penolong Pengurus Dakwah MRM itu Bro Azim dan kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah juga bersama Bro Azim.
Kemudian beliau menghadiri kesemua Kursus Metodologi Dakwah & juga kelas-kelas Fardhu Ain di MRM. Setelah melihat kesungguhan beliau, kami menawarkan beliau untuk menjadi Eksekutif Dakwah MRM.
Walaupun beliau baru memeluk Islam setahun dua, tetapi beliau merupakan pelajar cemerlang dalam Intensive Islamic Course (IIC) & juga Advance Islamic Course (AIC) anjuran MRM. Bukan itu sahaja, beliau sangat aktif dalam dakwah & kebajikan serta ramai individu telah memeluk Islam dengan beliau.
Tahniah Bro Adam Tan & isteri, Nurul Farahani. Sebagai tradisi kami di MRM, setiap kakitangan yang bernikah akan diberikan cuti bergaji seminggu & saguhati RM1000 serta dikeluarkan dari semua group WhatsApp rasmi bagi membolehkan mereka menikmati fasa baru kehidupan mereka.